BlackWhite? Bonjour Guys!. You was stuck in my blog. Do follow and do comment my entry ya. No Haters, Copycats and Anon here. Round-Round Square-Square Put Your Cbox Code here. Width must be "240" Triangle-Triangle Skin Made by Aina Hanani Background Founder by Qay Best view in Google Chrome only Cursor by Drikoti & Aina Hanani
| Hambamu Yang Lemah :')
Khamis, 25 April 2013 | 5:28 PG | 0 BlackWhite
Allah Itu Maha Pengampun dan Maha Pengasihi :') Assalamualaikum semua .
Setiap yang kita buat, Allah selalu perhatikan. Tidak perlu mahu menyorok-nyorok sampai ke lubang cacing pun Allah boleh tahu kerana Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya sama ada tersirat atau tersurat. Same lahh macam kita mengutuk seseorang dalam hati. Aku pernah lakukan dan aku tahu berdosa hukumnya. Ya Allah, aku ingin sekali menjadi seorang yang sempurna di hadapanmu. Ya Allah, aku tahu Engkau telah memberikan ujian kepada hamba-hambaMU adalah kerana ingin menguji sampai berapa tahap kesabaran, ketabahan, dan keimanan diri seseorang. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim :') Kau jauhilah aku daripada segala perbuatan maksiat serta zina, Kau peliharalah diriku, Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian dariMU, wahai Tuhanku. Kau permudahkanlah segala urusanku, Kau perbaikikanlah akhlak dalam diriku ini. Kau bekalkalah semangat dalam hatiku ini. Jauhikanlah aku dari godaan syaitan dan jin. Dan Kau ampunilah aku, kedua ibu bapaku, ahli keluargaku dan semua umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Amin Ya Rabb :'( p/s : Jangan sombong dengan ALLAH :* |